KITKAT RAIKAN TAHUN BAHARU DENGAN PELANCARAN KITKAT GOLD
Setiap kali tibanya Tahun Baharu, rata-rata orang menyambutnya dengan penuh rasa girang sambil mengharapkan agar tahun berikut akan menjadi lebih baik berbanding sebelumnya. KITKAT, selaku antara jenama coklat konfeksionari terkemuka di Malaysia, juga tidak ketinggalan untuk meraikan 2021 dengan memperkenalkan keluaran edisi terhad terbaharunya - iaitu KITKAT Gold.
KITKAT Gold merupakan kombinasi dwi lapis coklat bermutu tinggi dan lazat, dengan bahagian atasnya bersalut warna kuningan emas yang memukau dan coklat susu halus di bawahnya, membaluti lapisan wafer rangup tandatangan berperisa pralin mentega dan kacang di dalamnya. Ia dibungkus dengan pek emas menyarau sebagai tanda tuah dan kekayaan. Pembungkusan untuk edisi terhad kali ini adalah direka bentuk secara uniknya dengan menerapkan elemen-elemen sambutan perayaan seperti buih dan kilau-kilauan, selain digunakan juga pembalut berwarna emas. Ia cukup sesuai untuk diberi sebagai hadiah ataupun dikongsi bersama sahabat-handai dan orang yang tersayang.
Frédéric Porchet, Pegawai Eksekutif Perniagaan untuk Unit Perniagaan Konfeksionari Malaysia dan Singapura, Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata: “Musim perayaan adalah satu detik istimewa untuk diraikan dan beristirehat bersama orang tersayang. Daripada saling bertukar hadiah sehinggalah ke berkongsikan nikmat sekotak coklat, segalanya adalah mengenai saat indah dapat bertemu semula dan menghabiskan masa bersama. Untuk menyambut ketibaan Tahun Baharu, KITKAT mengambil kesempatan untuk melancarkan KITKAT Gold, kepingan coklat, mentega dan kacang yang hebat untuk dikongsi sebagai hadiah ibarat emas sesama rakan dan keluarga tersayang.”
Edisi terhad KITKAT Gold boleh didapati dalam bentuk pemberian hadiah Kotak Perayaan (3 x 4 Jejari), Pek pelbagai 2-Jejari (8 keping untuk setiap pek) dan 4-Jejari tunggal di kesemua kedai runcit utama di seluruh Malaysia.
Bagi memeriahkan lagi musim perayaan bersempena dengan Tahun Baharu Cina dan tahun Lembu Emas, KITKAT Gold juga meraikan ketibaan 2021 yang penuh 'Ong' dengan Peraduan Menang Emas KITKAT yang berlangsung dari 8 Januari hingga 28 Februari 2021. Hadiah-hadiah Golden Break bernilai hampir RM288,888 yang menjadi rebutan merangkumi:
- HADIAH UTAMA - KEPINGAN EMAS 4-JEJARI KITKAT – 8x pemenang
- Hadiah Pertama - RM8,888 – 10x pemenang
- Hadiah Istimewa - RM888 – 12x pemenang
- Hadiah Mingguan - RM188 – 88x pemenang mingguan
Para pengguna berpeluang meraih Golden Break dengan mengikuti 4 langkah mudah berikut:
Langkah 1 : Membeli produk-produk KITKAT dengan nilai minima RM8
Langkah 2 : Tulis nama mereka (seperti dalam KP) dan nombor MyKad pada resit bercetak rasmi
Langkah 3 : Ambil gambar resit tersebut dengan jelas
Langkah 4 : WhatsApp gambar resit itu kepada +6018 228 3090
Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad menambah, “Emas sentiasa dikaitkan dengan tuah dan kekayaan. Seiring dengan pelancaran KITKAT Gold, kami ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu kepada semua pengguna kami di seluruh Malaysia dan mudah-mudahan mereka akan mendapat permulaan yang baik pada tahun 2021 dan seterusnya tuah datang berlimpah, sambil menikmati detik keemasan yang kami hasilkan khas untuk mereka.”
“Selama ini, Nestlé Confectionery merupakan peneraju dalam kategori ini di mana kami sentiasa berubah dan membangunkan perisa dan pengalaman baharu dari tahun ke tahun agar dapat memenuhi kehendak selera pengguna-pengguna kami di samping mencipta trend baharu. Pasukan KITKAT yang bertungkus lumus menghasilkan barisan produk baharu ini telah melakukan satu tugas yang hebat dalam mencipta keseronokkan dan kudapan yang enak sambil mengekalkan intipati jenama ini!” ujar Aranols.
Susulan kejayaan KITKAT Ice cream serta cetusan inspirasi daripada KITKAT Gold baharu, Nestlé Ice Cream juga dengan bangganya melancarkan KITKAT Gold Ice Cream, iaitu satu 'golden break' dengan aiskrim berperisa wafer yang disalut dengan coklat putih dan dihiasi croquant rangup dan serpihan Wafer KITKAT.
Teo Heng Keat, Pegawai Eksekutif Perniagaan untuk Unit Perniagaan Aiskrim, Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata, “Melalui inspirasi yang diperolehi daripada KITKAT Gold, kami mengambil kesempatan untuk mencipta satu 'golden break' yang lebih 'cool' agar penguna-pengguna kami betul-betul dapat mendinginkan diri daripada cuaca panas!”
Bersempena pelancaran dua produk 'Gold' baharunya, Nestlé Malaysia turut berbesar hati untuk memperkenalkan Ciptaan Emas tersendiri bagi KITKAT Gold, Nestle Nestlé Ice Cream dan Nescafé Nescafe Gold; iaitu panduan mencampur gaul perisa dan tekstur daripada tiga produk tersebut bagi menghasilkan kombinasi hebat resepi hidangan. Resepi baharu akan dikongsikan setiap minggu di https://www.youtube.com/KitKatMalaysia untuk orang ramai cuba menyediakan hidangan emas kegemaran mereka.
Kongsikan Kasih Sayang, Kongsikan Detik Keemasan!
Untuk pembelian online : Kitkat Gold Limited Edition
#SharetheGoldenBreak
#KitKatMY
#MYKitKatGold
Nestlé Spreads Prosperity This Lunar New Year Inbox
Bersempena dengan Tahun Lembu yang bakal tiba, Nestlé ingin menyampaikan kesejahteraan menerusi Peraduan Nestlé Niu Year di mana rakyat Malaysia berpeluang memenangi hadiah-hadiah lumayan bernilai lebih RM900,000!
Dengan hanya membeli produk Sedia Untuk Diminum (RTD) Nestlé seperti minuman dalam tin, botol dan pek UHT terpilih bernilai RM5 sepanjang tempoh peraduan dari 8 Januari hingga 8 Mac 2021, lapan peserta bertuah akan berpeluang memenangi Hadiah Utama berupa SUV Proton X50 serba baharu. Terdapat lapan buah kereta untuk dimenangi dan setiap kereta bernilai RM79,000! Di samping itu, hadiah wang tunai mingguan sebanyak RM2,888 dan RM888 akan diberikan kepada 16 pemenang hadiah sagu hati tempat pertama dan 240 pemenang hadiah sagu hati tempat kedua.
Cik April Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan - Ready-to-Drink, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Untuk membantu membangkit semangat dan meringankan beban rakyat Malaysia pada masa yang sukar ini, kami ingin mengalu-alukan ketibaan tahun yang membawa sinar harapan dan berkongsi tuah dengan menghadiahkan ganjaran lumayan kepada rakyat Malaysia! Sambil mengorak langkah ke tahun baru dan mengeratkan hubungan dengan orang-orang tersayang menerusi Peraduan Nestlé Niu Year, seisi keluarga boleh menikmati rangkaian produk kami yang sedia untuk diminum semasa menyambut perayaan. Kami berharap peraduan ini sedikit sebanyak dapat membawa keceriaan dan keriangan sempena sambutan Tahun Baru Cina.”
Penyertaan adalah mudah dengan empat jenama Nestlé yang turut serta iaitu MILO, NESCAFÉ, Nestlé JUST MILK dan Nestlé Omega Plus. Pengguna hanya perlu membeli produk RTD bernilai sekurang-kurangnya RM5 daripada mana-mana jenama dalam satu resit, sertakan maklumat yang diperlukan pada resit dan Whatsapp gambar resit ke 018 228 6836. Bilangan penyertaan yang dihantar adalah tidak terhad, jadi lebih banyak penyertaan yang dihantarkan, lebih tinggi peluang untuk menang! Peraduan ini terbuka kepada penduduk Malaysia di seluruh negara.
Peruncit yang turut serta termasuk pasar mini utama, pasar raya, pasar raya besar, kedai serbaneka, stesen petrol, kedai runcit dan juga peniaga di platform e-dagang, termasuk Lazada dan Shopee, di seluruh Malaysia yang mengeluarkan resit rasmi sebagai bukti pembelian.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Peraduan Nestlé Niu Year dan butiran cara penyertaan dalam peraduan Huat ini, sila layari https://www.dearnestle.com.my/event-and-happening/peraduan-nestle-rtd-niuyear.
About Me
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger .
Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com
Popular Posts
My Blog
-
Kempen Hartanah Bumiputera | Miliki Rumah dengan RM300 - Miliki Rumah dengan RM300 ? Ya betul dengan RM300 bayaran tempahan khas untuk pembeli yang mengemukakan semua dokumen pinjaman yang diperlukan semasa membu...4 weeks ago