Nestlé Spreads Prosperity This Lunar New Year Inbox

 Bersempena dengan Tahun Lembu yang bakal tiba, Nestlé ingin menyampaikan kesejahteraan menerusi Peraduan Nestlé Niu Year di mana rakyat Malaysia berpeluang memenangi hadiah-hadiah lumayan bernilai lebih RM900,000!


Peraduan NESTLE Niu Year

 



Dengan hanya membeli produk Sedia Untuk  Diminum (RTD) Nestlé  seperti minuman dalam tin, botol dan pek UHT terpilih bernilai RM5 sepanjang tempoh peraduan dari 8 Januari hingga 8 Mac 2021, lapan peserta bertuah akan berpeluang memenangi Hadiah Utama berupa SUV Proton X50 serba baharu. Terdapat lapan buah kereta untuk dimenangi dan setiap kereta bernilai RM79,000! Di samping itu, hadiah wang tunai mingguan sebanyak RM2,888 dan RM888 akan diberikan kepada 16 pemenang hadiah sagu hati tempat pertama dan 240 pemenang hadiah sagu hati tempat kedua. 

Peraduan NESTLE Niu Year

 



Cik April Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan - Ready-to-Drink, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Untuk membantu membangkit semangat dan meringankan beban rakyat Malaysia pada masa yang sukar ini, kami ingin mengalu-alukan ketibaan tahun yang membawa sinar harapan dan berkongsi tuah dengan menghadiahkan ganjaran lumayan kepada rakyat Malaysia! Sambil mengorak langkah ke tahun baru dan mengeratkan hubungan dengan orang-orang tersayang menerusi Peraduan Nestlé Niu Year, seisi keluarga boleh menikmati rangkaian produk kami yang sedia untuk diminum semasa menyambut perayaan. Kami berharap peraduan ini sedikit sebanyak dapat membawa keceriaan dan keriangan sempena sambutan Tahun Baru Cina.”

Penyertaan adalah mudah dengan empat jenama Nestlé yang turut serta iaitu MILO, NESCAFÉ, Nestlé JUST MILK dan Nestlé Omega Plus. Pengguna hanya perlu membeli produk RTD bernilai sekurang-kurangnya RM5 daripada mana-mana jenama dalam satu resit, sertakan maklumat yang diperlukan pada resit dan Whatsapp gambar resit ke 018 228 6836. Bilangan penyertaan yang dihantar adalah tidak terhad, jadi lebih banyak penyertaan yang dihantarkan, lebih tinggi peluang untuk menang! Peraduan ini terbuka kepada penduduk Malaysia di seluruh negara.

Peruncit yang turut serta termasuk pasar mini utama, pasar raya, pasar raya besar, kedai serbaneka, stesen petrol, kedai runcit dan juga peniaga di platform e-dagang, termasuk Lazada dan Shopee, di seluruh Malaysia yang mengeluarkan resit rasmi sebagai bukti pembelian.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Peraduan Nestlé Niu Year dan butiran cara penyertaan dalam peraduan Huat ini, sila layari https://www.dearnestle.com.my/event-and-happening/peraduan-nestle-rtd-niuyear.



CONVERSATION

0 Comments: