Video Resepi Tomyam Ala Thai Sedap
Berikut Cik iena kongsikan Resepi Tomyam Ala Thai Sedap. Cik iena sememangnya penggemar tomyam. Jadi Cik iena akan cuba pelbagai tomyam paste dan cara memasak tomyam. Jadi Cik iena kongsikan respi tomyam yang cik iena dah olah dan yang selalu cik iena masak di rumah dengan menggunakan tomyam paste favourite iena.
BELI Peace Tomyam Paste : https://t.productlink.io/a052y1t
BELI Thai Chili paste : https://t.productlink.io/a052y1s
Bahan Bahan Tomyam Ala Thai
6 Ekor Udang
4 Ekor sotong
Sedikit Isi Ayam
Sebiji Bawang Holand
5 Ulas Bawang Putih
Bunga Kubis
Lobak Merah
Cendawan
2 Biji Tomato
10 Helai Daun limau purut
Bahan Hiris Dan ketuk
3 Batang Serai
Halia ( lebih kurang sebesar ibujari perempuan x 2)
Lengkuas (Lebih kurang sama banyak dengan halia)
4 rumpun Akar Daun ketumbar
3 Biji Cili Api merah (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
2 Sudu Besar Tomyam paste jenama Peace
2 Sudu Besar Thai Cili Paste
2 Sudu Besar Sos ikan thai
1 Biji jus perahan Limau nipis
Setengah Cawan Susu cair (75ml)
5 Cawan air (750ml)
Daun ketumbar dihiris
Untuk pengetahuan cawan yang cik iena guna Cik iena dah sukat jumlah kandungannya untuk 1 cawan adalah 150ml
Sudu yang iena gunakan juga agak besar berbanding sudu di kedai makan. Boleh tengok gambar di Blog.
Nak tau tentang tomyam paste juga boleh baca di blog
Blog updated : di http://www.ienaeliena.com/2021/02/resepi-tomyam-ala-thai-sedap.html
#tomyam #tomyum #resepitomyam #resepitomyum
resepi tomyam sedap,resepi tomyam mudah,resepi tomyam thai pekat sedap,resepi pes tomyam thai paling sedap,resepi tomyam siam asli,resepi tomyam ayam,resepi tomyam seafood,resepi tomyam ala thai sedap,resepi tomyam ala thai,cara masak tomyam thailand,cara masak tomyam thai pekat,cara masak tomyam guna pes thai,tomyam thailand pekat,tomyam thailand,tomyam,thai food,resepi mudah,tom yum soup,tom yum goong,tom yam,tom yum,resepi che nom,resepi tomyam thai
Follow me at http://www.ienaeliena.com
0 Comments:
Post a Comment