Video Cara Masak Kuah Kacang
Berikut Cik iena kongsikan video cara memasak kuah kacang resepi dari puan ibunda yang kami selalu masak bila hari raya.
Resepi Kuah Kacang Mak ( untuk 5 orang makan)
Bahan asas masakan |
- 200 gm kacang tanah
- 30 biji cili kering yang tak kerinting( cili kering yang tak kerinting ni tak pedas sangat)
- 1 biji bawang merah besar
- 5 ulas bawang putih
- 1inci halia
- 1/2 inci lengkuas
- Sedikit belacan
- 2 sudu besar udang kering
- gula merah
- 3 batang serai
- daun limau purut
- 2 keping asam keping
- 1 sudu teh Serbuk kunyit
Bahan Kisar Kuah Kacang Mak
Kisar bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas , cili kerinng, belacan dan udang kering serta sedikit serbuk kunyit
kacang tanah yang digoreng tanpa minyak |
Cara Masak Kuah Kacang Mak
- Goreng kacanng tanah tanpa minyak , kemudian buang kulit kacang tanah dan kisar kacang tanah. Tapi Cik iena tak kisar halus kacang tanah tu. Biar ada ketul ketul acang tanah tu baru rasa sedap. Kalau halus patah selera :D
- Panaskan minyak kemudian tumus serai yang telah diketuk terlebih dahulu.
- Kemudian masukkan kesemua bahan kisar dan asam kepingserta daun limau purut
- Selepas tumis sehingga pecah minyak masukkan pula kacang tanah yang telah di blender tidak berapa hancur. Masukkan sedikit air jika perlu.
- Tumis sehingga pecah minyak sekali lagi, masukkan perasa, garam, gula merah . Yang ni masuk secukup rasa tau. Kuah kacang ni sedap kalau manis. IEna suka masak guna gula merah sebab manis dia berlemak. Sedap lain macam :) Lepastu warna kuah kacang akan jadi lagi cantik berkilat
Follow me at http://www.ienaeliena.com
0 Comments:
Post a Comment